Hello!
Varbabou best friend since March 2011



Tagboard!


My Post

Camping In The Jungle :)
November 07, 2012

Hai , Assalamualaikum comel-comel & handsome-handsome . Sihat ? Entri kali ni kitorang nak story yang kitorang pergi camping kat FRIM Kepong , Selangor .Tapi , tak semua VG join . Wana je yang tak pergi :( Tahu tak FRIM tuh ape ? Forest Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia . Tengok name je dah . Hutan kan ? Haha . Jom baca story yang panjang ni :)

1st Day
Sebelum bertolak , cikgu dah sediakan makan kat kantin . Nasi Kerabu & Nasi Lemak . Mira je yang makan Nasi Lemak . Pukul 8.40 kitorang gerak dari sekolah . Semua excited gile ! Dalam bas , Mira tidur -_- Memang dak Iffah bosan lah kan takde sape nak borak ngan dia . Then pukul 10.15 berhenti R&R Seremban jap . Bla bla bla pukul 12 sampai FRIM ! Semua macam orang jakun . Haha . Tiba-tiba tengok phone ... takde line !! Kalau ade pun 1 or 2 bar je -.- Nama kem tuh Kem Perah . First , ade taklimat daripada fasilitator kat sana . Cikgu Yazid , Cikgu Bukhari , Cikgu Fakhrul & Cikgu Mahat .

Lepas taklimat , kitorang salin baju semua get ready untuk aktiviti pertama : JUNGLE TREKKING !! :D Kitorang terpaksa redah hujan jugak walaupun lebat . Kira mandi hujan jugak lah kan ? Haha . Masuk hutan . Cikgu Fakhrul terangkan beberapa pokok . Ade yang kitorang tak kenal lansung pokok & haiwan tuh .

 Sampai satu tempat tuh kitorang kena mendaki . Huh penat sangat ! Serius nak tercabut kaki . Mira dengan Hajar kena gigit pacat . Euuww geli lah wei ! Then sampai satu tempat tuh ade jambatan gantung. Nak tahu tak , jambatan gantung tuh atas hutan ? Faham tak ? Haha . Tinggi gila . Kena naik sorang-sorang pulak tuh . Menggigil kepala lutut >.< Tengok pemandangan dari atas memang cantik sangat . Penuh je kabus . Macam kat luar negara . Ceehh :P

Lepas tuh turun balik kem . Dalam perjalanan jumpa air terjun . Waahh sejuk ! Teringin nak mandi tapi tak      boleh . Haha lepak kat situ kejap . Main air pun jadi lah kan . Dan balik kem semula . Buka kasut , tiba-tiba ... Amik kau ! Stokin Iffah berdarah . Haha Pacat ! >.<

Malam pulak berkumpul kat dewan . Kitorang kena tubuh 6 kumpulan . Kami , VG satu group dengan Auni & Maman . Nama group kitorang CRICKET STYLE ! haha . And trademark kitorang : buat tangan yang macam gangnam style then cakap KRIK KRIK ! xD

Cikgu cakap trademark kitorang best . Hihi . Malam pulak ade aktiviti ke-2 : NIGHTWALK . Hooo malam-malam masuk hutan ! Erkk . Penuh lecak pulak tuh . And mestilah ade haiwan yang geli kan -__- Redah hutan bagai , redah sungai . Cikgu Bukhari kenalkan pokok-pokok yang ade kat situ . First time tengok pokok kapur . Eh ye kot xD Kasut Hajar sampai tercabut dia punya tapak . Haha . Malam tidur dalam khemah . Iffah ngan Ummey tak boleh tidur malam tuh . Kaki diorang sakit . Kesian~ Tiba-tiba Ummey nak pergi tandas , masing-masing buat-buat tidur . Hahaha mira jadi mangsa . Pukul 3 diorang tidur  . Pukul 5 kena bangun balik . Haha .

2nd Day
Haa pagi-pagi kitorang kena exercise . Joging . Huhh penat -_- kena dera . Haha . Lepas tuh ade aktiviti : OBSTACLE (halangan) . Pakai baju kotor je . Sebab halangan ni pun akan menyebabkan baju kite kotor . You know what ? Baju kitorang kan lembab , kitorang semua boleh nampak wap kat baju tuh tersejat . Awesome :D Macam-macam halangan kitorang kena hadapi . Ceh . Mula-mula kena panjat tembok , meniti jambatan , jalan itik ke belakang , turun tangga curam , panjat tiang , zigzag , masuk terowong yang gelap . ada lagi kot tapi dah lupa lah .haha . Aktiviti ni pun dalam hutan jugak -.- Ummey senyap je dari mula tadi . Then , sampai satu halangan ni , tiba-tiba dia jatuh . Cuak ! Dia cakap dia pening . Muka pun macam pucat je . Haa yang ni kelakar sikit . Masuk terowong gelap . Hajar masuk dulu . Tiba-tiba dia menjerit "Eh eh ade burung ! Takut ! Nak keluar !" Hahaha . Muka memang cuak . Cikgu Mahat cakap tuh kelawar , dia suruh teruskan jugak xD









Lepas aktiviti ni , budak lelaki pergi Solat Jumaat . Heee kitorang ape lagi , tidur lah . Haha . Berdengkur kejap xD Lepas tuh ade lagi aktiviti : MASAK RIMBA . Kitorang dapat Sardin , Sayur Kobis , Telur , Bawang . Hanya 3 batang mancis diberi untuk menyalakan api -_- Semua habis . Terkial-kial buat . Haha . Dapat extra jugak , akhirnya menyala jugak api tuh . Ummey dengan Auni buat Sardin , Maman dengan Hajar buat telur dadar , Iffah dengan Mira buat sayur . Sedap jugak tapi sayur masin sikit . Hahaha .

Malam ade aktiviti : TALI PANDU . Aktiviti ni yang paling best sekali . Kitorang semua kena tutup mata and jalan dalam group (beratur pastuh pegang baju orang depan) . Bayangkan , tutup mata . Mestilah tak nampak apa-apa kan ? Kitorang kena jalan berpandukan tali yang dah ikat sepanjang pokok-pokok dalam kem tuh . Kalau salah pilih tali , nanti jumpa jalan mati . Kena lah patah balik . Last sekali kitorang mesti sampai dekat pokok kelapa . Kena tunduk , menyangkung , panjat tangga , terlanggar macam-macam . Iffah sampai tercium pokok ! Haha . And group Krik Krik dapat No.3 . Okay lah tuh kan :P Malam kitorang tak tidur khemah sebab hujan lebat . Khemah masuk air dan ade pacat !! Ya Allah -_- So perempuan semua tidur kat dewan . Tidur beramai-ramai . Best ! Haha . Malam ni VG tidur cepat pulak . Penat sangat kot .

Last Day
Macam biasa , pagi kena bersenam . Jogging lagi . Lepas makan , ade aktiviti terakhir : TREASURE HUNT . Kami disediakan sebuah teropong dan beberapa soalan dan kena cari jawapan dalam hutan jugak . Tanpa fasilitator . Nasib tak sesat . Haha . Kena cari nama-nama pokok . Tiba-tiba , Iffah dengan muka takut dia tuh cakap kat kitorang "Weyh , ade pacat kat kaki aku !! Macam mana ni ? " Serius muka dia kelakar sangat . Macam nak nangis xD Besar pacat tuh . Lepas dah cari semua jawapan , kena bersumpit pulak . Guna straw dengan kertas je . Haha . Group kitorang group ke-2 siap dulu . Ummey dengan Mira je yang dapat masukkan kertas tuh dalam cawan .

Kitorang perasan kasut dak Maman macam ade darah . Dia bukak je kasut .. ada 2 kesan pacat . Darah banyak sangat ! Tak henti-henti . Errkk -.- Tengah tunggu group lain habis , Hajar tegur Iffah . Muka Iffah macam nak nangis . Tanya dia kenapa , dia cakap dia macam pitam . Laaa budak ni , diam je . Bukan nak cakap pun . Ummey bawak dia gi surau . Tak sempat sampai kat surau , tiba-tiba IFFAH PENGSAN ! Uishh serius . Kesian Ummey kena dukung . Nasib baik ringan . Lepas tuh Ummey panggil VG ngan cikgu . Mira basahkan muka Iffah tapi tak sedar . Cikgu datang , kejutkan Iffah . basahkan muka dia . Barulah dia sedar . Alhamdulillah . Sapukan minyak angin , urut-urut dia . Suruh dia rehat . Lepas tuh , kitorang kena bukak khemah . Cikgu suruh Iffah rehat tapi dia degil . Join kitorang bukak khemah . Haduii -.-
Last , lepas mandi semua . Kemas barang , ada majlis penutup . Ucapan dari Cikgu Yazid, Cikgu Suriyani &  Peah selaku penghuluwati . Huuu sedih sangat nak tinggalkan kem ni . Tak nak balik !! Serius . Lepas tuh tangkap gambar ramai-ramai . Kenangan :') Dan bertolak balik Melaka pukul 2 . Sedih je masing-masing . On the way balik , hujan lebat . Sejuk bebeno . Haha . Gelak-gelak . Tengah bosan , Iffah dengan Mira sorokkan selipar Hajar . Haha . Lepas tuh buat-buat tak tahu xD Dekat KL & Highway traffic jam ! Aduhh .  Then , pakcik driver lalu tol Jasin . Iffah turun kat rumah dia , Lipat Kajang . Untunglah bas hantar dekat rumah :P Yang lain turun dekat sekolah .

Ahaaa , panjang tak ? Mestilah . 3 hari punye cerita kan . Pengalaman ? Best gilaaaaaaa !! Rasa nak pergi lagi . Mula-mula hari pertama tuh macam nak balik je sebab tak tahan . Then , dah rase seronok pulak . Tapi , kena balik jugak kan . Banyak kenangan manis , pahit & pengalaman baru yang kitorang dapat . Kena gigit pacat , kena denda , macam-macam lah . Haha ade tuh yang buang angin dalam khemah pun ade . Hahahaha xD So , sampai sini je lah cerita nya . Haihh penat korang bace kan ? Hihi . Thank you so much :) Jumpa lagi okay . Byeeee . Love you alls xD Assalammualaikum ,



Older Post